Hari berganti hari, bulan berganti bulan, entah berapa bulan sudah ana meninggalkan tanah air, untuk meneruskan pengajian, untuk menimba ilmu, untuk mencari pengalaman, untuk belajar sebuah kehidupan dan untuk berdikari. Hati ini merindui mu, sangat merindui mu..ayahanda dan bonda. Boleh dikatakan setiap minggu anakanda menghubungi bonda dan ayahanda, kekadang sebulan sekali anakanda menghubungi ke tanah air. Mendengar sahaja suara ayahanda dan bonda, terubat sedikit rindu yang bergelora di hati ini. Suaramu bagaikan ubat, bagaikan semangat, bagaikan penguat buat anakanda untuk meneruskan sebuah pengembaraan..
Bonda dan Ayahanda..
Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
Anakanda mohon doa dari bonda dan ayahanda, semoga anakanda tabah dan kuat berada di perantauan. Semoga anakanda rajin dan istiqomah dalam menuntut ilmu dan menimba ilmu.. Anakanda memerlukan doa dan restu dari bonda dan ayahanda.. Terima kasih bonda dan ayahanda.. :)
No comments:
Post a Comment