RSS

Thursday, January 27, 2011

Selamat Jalan Sahabat - Sahabat





Selasa, 25 Januari 2011, Alhamdulillah, mereka (Syafiq Shah, Fakhrulhikmi, Ehsan, Hanif) telah bertolak dari Mu'tah ke Syria pada pagi hari lagi dan telah selamat sampai ke Syria. Semoga mereka semua sihat sentiasa dan mendapat pelindungan Ilahi sentiasa.

Buat Fakhrulhikmi (Kimie) dan Syafiq, selamat berjaya dan selamat menjadi pelajar Syria selama satu fasal (4bulan). Gunakan peluang dan masa yang ada untuk menimba ilmu dengan tekun dan ikhlas. Kami di sini sentiasa mendoakan kalian sentiasa di Redhai dan di Rahmati oleh Allah S.W.T setiap masa. 

Gunakan juga masa yang ada untuk bertalaqqi dengan ulamak-ulamak di sana, bukan sahaja hanya mengambil kelas bahasa semata-mata. Ulamak ramai disana, seperti, Dr Mustafa Bugha, Dr Ramadhan Bouty, Dr Wahbah Zuhaili, Sheikh Satar dan ramai lagi. Nanti antuma balik fasal soifi, bolehlah buka kelas Tafaqquh di PUSKMA. hehe :D


Sekali lagi, ana mewakili sahabat-sahabat di Mu'tah mengucapkan dan mendoakan antuma selamat menimba ilmu di bumi Syam dan selamat menjadi ahli Syam. Semoga Redha dan Rahmat Allah sentiasa mengiringi antuma. Doakan juga ana dapat kembali lagi ke Syam. :)


p/s : buat yang bakal mengikuti jejak syafiq dan kimi, iaiti rahimi rem, selamat bertolak dan selamat menjadi ahli syam. belajar betul-betul di sana... Good luck...!! :D


Laporan perjalan oleh Syafiq.. kpd Shafiy Zakaria, ana doakan suatu hari nanti enta akan dapat masuk ke Syria.. Apa yang terjadi ada hikmahnya.. :)

No comments:

Post a Comment