RSS

Wednesday, January 19, 2011

Kematian, Suatu Kepastian


Jumaat – Masjid Syuhada’, ana akhiri solat Jumaat dengan salam, tiba-tiba ana terlihat orang-orang arab disebelah kiri ana dengan pantas bangun dan mengkerumi sesuatu.. Ana cuba mengintai, lalu terlihat sekujur tubuh, berada di dalam keranda.. “innalillahi wainna ilahi roji’un..” Jemaah masjid di minta untuk solat jenazah..
Kematian itu, sudah menjadi sunnatullah. Yang hidup, pasti akan merasai kematian. Baik yang muda, mahupun yang tua. Tidak ada orang diantara kita yang mengetahui bila tiba saatnya. Allah tidak akan mempercepatkan, mahupun memperlambatkan, walau sesaat.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian”

Rasulullah berpesan kepada umatnya agar sentiasa mengingati kematian dan menyiapkan diri dengan bekalan selepas kematian.  Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda : 

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هادم اللَّذَّاتِ
“Perbanyakkanlah mengingati yang memutuskan kenikmatan (iaitu kematian)”

             Sempena tahun baru hijrah ini, marilah sahabat-sahabat, kita sama-sama berusaha untuk berubah dan memberbaiki diri, saling ingat-mengingati, tegur menegur, nasihat-menasihati, agar kita semua mendapat Redha Allah, Cinta Allah, serta Rahmat dari Allah S.W.T.. Sama-sama kita mengingati kematian, agar diri kita tidak lena dan hanyut dengan tipu daya duniawi dan syaitan. 

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا, أُولئِكَ اْلأَكْيَاسُ
“Yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik mempersiapkan diri untuk sesudah kematian itu, mereka itulah orang yang paling cerdik”

Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment