عن عمر (رضي الله عنه) أيضا، قال : بينما نحن عند رسول الله (صلى الله عليه وسلام) ذات يوم، إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب، شديد سواد الشعر، لا يري عليه أثر السفر، ولا يعرفه منا أحد، حتى جلس إلى النبي (صلى الله عليه وسلام)، فأسند ركبتيه الى ركبتيه، ووضع كفيه على فخذيه، وقال : يا محمد، أخبرني عن الإسلام. فقال رسول الله : الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمد رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا. قال : فعجبنا له يسأله ويصدقه! قال : صدقت. قال : فعجبنا له يسأله ويصدقه! قال : فأخبرني عن الإيمان. قال : أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الاخر، وتؤمن بالقدر خيره وشره. قال : صدقت. قال : فأخبرني عن الإحسان. قال : أن تعبد الله كأنك تراه، فإن لم تكن تراه فإنه يراك. قال : صدقت. قال : فأخبرني عن الساعة. قال : ما المسؤول عنها بأعلم من السائل. قال : فأخبرني عن أمارتها. قال : أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء اشاء يتطاولون في البنيان. قال : ثم انطلق. فلبثت مليا، ثم قال : يا عمر، أتدري من السائل؟ قلت : الله ورسوله أعلام. قال : فإنه جبريل، أتاكم يعلمكم دينكم. رواه مسلم
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis di atas pada mulanya menyebut tentang Islam, iaitu rukun Islam itu sendiri. Pada keduanya mengenai Iman, iaitu rukun Iman itu sendiri. Pada ketiganya mengenai Ihsan. Pada keempatnya mengenai kiamat. Dan pada akhirnya mengenai tanda-tanda hari kiamat.
Islam, Iman dan Ihsan punyai kaitan yang tidak dapat di pisahkan. Islam itu bagaikan ilmu aqidah ataupun Usuluddin. Manakala Iman itu bagaikan ilmu Fiqh Usul. Dan apakah pula Ihsan?? Ihsan merupakan ilmu tasawuf. Pada hari ini, ramai golongan-golongan ustaz yang meninggalkan atau terlepas pandang akan Ihsan ini. Apakah itu Ihsan atau tasawuf?
Ihsan atau tasawuf merupakan ilmu kasih sayang. Samada usuluddin atau fiqh, kedua ilmu ini mestilah di sertakan dengan kasih sayang. Sebagai bukti, kita lihat pada hokum Allah, hokum hudud. Allah mensyaratkan agar hadirkan 4 orang saksi sebelum untuk mendakwa seseorang itu berzina. Kenapa 4 orang saksi, kenapa bukan 2 orang atau seorang? Ini kerana kasihnya Allah terhadap hamba Nya. Allah Mengasihani akan hambaNya. Subhanallah.. Kasihnya Allah terhadap kita, kita pula??
Pada hari ini, ramai golongan ustaz yang suka menghukum, itu haram!! Itu sunat!! Itu ini!! Padahal Rasulullah sendiri bukanlah penghukum, baginda adalah pembawa Rahmah.
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
“Dan tidaklah aku utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali membawa Rahmat bagi sekalian alam”
Rasulullah pembawa rahmat, bukan penghukum! Sebelum sesuatu hukum itu di keluarkan, menggunakan kaedah Usuluddin ataupun Fiqh, hendaklah di sertakan Ihsan, iaitu kasih sayang. Kasih sayang antara kita, sesama saudara seIslam. Ada di ceritakan, berlaku di zaman Rasulullah. Pada suatu ketika, Rasulullah di hadiri seorang wanita, lalu wanita tersebut mengaku telah berzina. Lalu Rasulullah menyusuhnya pulang ke rumah. Lalu wanita itu datang kembali menemui Rasulullah dan ketika itu dia sedang hamil. Kehamilan itu adalah sebagai bukti bahawa dia telah berzina. Lalu Rasulullah menyuruhnya pulang, tunggu sehingga bayi itu di lahirkan. Genab 9 bulan 10 hari, wanita itu datang berjumpa dengan Rasulullah sambil membawa bayinya. Lalu Rasulullah menyuruhnya pulang, tunggu sehingga bayi itu habis tempoh di susukan. Selepas 2 tahun, wanita itu datang kembali berjumpa dengan Rasulullah, iaitu sesudah tamat tempoh menyusukan anak. Dan masih mengakui yang dia telah berzina dan bersedia menerima hukuman. Lalu baginda menjatuhkan hukuman terhadapnya dengan hukuman sebat 100 kali.
Subhanallah, begitu kuat kasihnya Rasulullah terhadap umatnya..bukan terus menghukum secara membabi buta, tapi menghukumnya dengan Ihsan, iaitu kasih sayangnya terhadap Rasulullah. Rasulullah tidak mengajar sahabatnya dan tidak terus menghukum sahabatnya, tetapi Rasulullah memberikan kasih sayang terlebih dahulu kepada sahabat-sahabatnya..
Dan di dalam hadis di atas, selepas di sebutkan tentang Ihsan, lalu malaikat bertanya tentang kiamat. Apa yang kita dapat di sini, bila mana segala sesuatu tidak lagi di sertakan dengan rasa Ihsan, iaitu rasa kasihan, kasih dan sebagainya, maka tunggulah hari kiamat. Oleh yang demikian, segala sesuatu hendaklah di sertakan dengan Ihsan.. Seperti Kitab Allah (Alqur’an), setiapnya di mulai dengan bismillah, yang mana terletaknya perkataan “Ar-rahim” di akhir bismillah. Ini menunjukkan segala sesuatu akan di sertai dengan ar-rahim, iaitu Ihsan atau rasa kasih sayang.
Ayuh sahabat sekalian, sama-samalah kita memperbaiki diri, dan memperkemaskan lagi diri kita, agar kita menjadi seorang yang selalu melakukan segala sesuatu di sertai dengan Ihsan..agar kita tidak salah dan tidak melakukan perkara-perkara yang mengikut hawa nafsu dan akal semata-mata. والله أعلم
No comments:
Post a Comment