ISKANDARIAH, 17 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merakamkan ucapan takziah atas musibah yang menimpa mahasiswi Perubatan Iskandariah, Almarhumah Nurul Iman Bt Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi di Hospital Salamah setelah dikejarkan ke hospital tersebut. Pihak hospital juga telah mengesahkan bahawa Almarhumah mengalami keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning) berpunca daripada kebocoran gas pemanas air.
"Kes kebocoran gas pemanas air di Mesir kerap berlaku dan ianya pernah meragut nyawa mahasiswi Singapura sebelum ini", ulas Naib Presiden III PMRAM Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Saudara Mohd Farkhan B Md Zain.
Berita dari web PMRAM
Ana diberitahu oleh mantan YDP Kelantan (KPKM), Najib Abdullah, Almarhumah merupakan ahli Kelantan dan jenazah Almarhum di kebumikan di Mesir pada hari Selasa, 18 Januari 2011. Salam takziah buat keluarga Almarhumah keatas musibah yang berlaku. Semoga tabah menghadapi ujian dan musibah Allah. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Al-Mulk : 2
Al-Fatihah buat Almarhumah Nurul Iman bt Ab Alim..
p/s : buat sahabat yang berada di Mesir, Jordan, Syria dan sekitarnya, berhati-hatilah menggunakan sobah atau sakonah yang menggunakan gas.
No comments:
Post a Comment