RSS

Friday, April 22, 2011

RM50 Juta - Email 1 Malaysia


Allah yahdihum… Terkejut saya bila membaca berita mengenai pembangunan email 1 Malaysia ini akan di jalankan oleh Syarikat Tricubes Sdn Bhd, dengan kos sebanyak RM 50 Juta.. 


Oleh Lee Wei Lian. April 19, 2011. PUTRAJAYA, 19 April — Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Akaun e-mel itu akan membolehkan perhubungan langsung dan selamat antara rakyat dan kerajaan.
Ia sebahagian daripada perkhidmatan portal kerajaan sepusat.
Portal web itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.


     Duit kerajaan/rakyat di bazirkan begitu sahaja, sedangkan masih banyak benda yang lebih penting. Apalah sangat email tu, pada masa kini, kebanyakkan remaja menggunakan email yahoo, google, hotmail dan sebagainya. Lebih elok jumlah wang itu di gunakan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di dalam atau luar negara.

     Contohnya pelajar di Mesir, Jordan dan Syria. Suatu ketika dahulu saya pernah menuntut ilmu di bumi Syam, Syria. Pernah suatu hari, saya membaca borang maklumat diri dan keluarga salah seorang pelajar di Syria. Pelajar itu berasal dari Terengganu, sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi, iaitu minyak. Pelajar itu merupakan anak sulong dan mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah. Baris demi baris, perkataan demi perkataan saya membaca tulisan tangannya. Mata saya tertangkap pada satu bahagian yang membuatkan air mata bergenang di kelopak mata. Gaji bapanya hanya RM350 sebulan, sedangkan kos sara hidup anaknya di Syria sekurangnya RM250 – RM300. Bagaimana mereka sekeluarga hidup?? Dimana kerajaan yang “rakyat di dahulukan”? Allah..sedih bila mendengar RM50 juta dibazirkan dengan begitu sahaja, sedangkan rakyat sendiri yang sedang menuntut ilmu Allah di abaikan...tanggungjawab pemimpin di mana?

     Ibnu Qayyum Al-Jauziyah mengatakan, pembaziran harta adalah, jika membelanjakan kepada perkara yang tidak bermanfaat, tidak berfaedah dan tidak di redhai Allah. Firman Allah :


“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
Surah Al-Isra’ : 27
Allah yahdihum.. wallahu‘alam.

No comments:

Post a Comment