Apa itu isteri solehah? Tajuk ini membuatkan saya mengingati sebuah nasyid, bertajuk Isteri Solehah.
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Ahmad)
Mentaati suami, dapat masuk syurga, ketaatan yang sebagaimana itu? Sabda baginda Rasulullah, yang bermaksud, “Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya.” – (Riwayat Ahmad)
Isteri solehah itu penyejuk mata suami, dia lah teman, dialah sahabat, dialah kawan seperjalanan, dialah kekasih, dialah cinta, dialah mata air, dialah penghibur, dialah penjaga, dialah penasihat, dialah pembantu, dialah sayap kiri, dialah penguat, dialah penyokong, dia…isteri solehah bagi suaminya. Seorang isteri yang solehah mentaati suaminya dengan ketaatan yang penuh. Bak kata pepatah, syurga (bagi isteri) terletak di bawah telapak kaki suami. Juga sabda Rasulullah bermaksud: “ Hak suami ke atas isterinya ialah jikalau ada pada suaminya kudis atau keluar dari hidungnya nanah atau darah kemudian dia (isteri)menjilat/menelannya nescaya dia belum lagi menunaikan hak suami dengan sebaiknya lagi.” (Riwayat al-Bazzar, Ibnu Hibban dan al-Hakim).
Saya punya sebuah kisah benar, kisah seorang isteri yang sangat solehah. Semoga beliau menjadi seorang ibu dan isteri yang solehah dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Anak beliau menceritakan kepada saya, pernah suatu hari ibunya mengajak dia keluar untuk mencari ikan, nak masak untuk suami. Sampai di kedai tersebut, penjual kata ikan tak ada. Anak dia pun mengajak ibunya untuk mencari di kedai depan sikit. Jawab ibunya, “tak payahlah, ibu hanya minta izin dengan ayah untuk membeli ikan di kedai ni jer, kalau tak ada, tak apalah, kita pulang ke rumah”. Allah…wanita solehah, keizinan suami itu sangat penting baginya.
Cerita kedua, mereka sekeluarga keluar ke pasar pagi. Ibunya singgah di suatu kedai, banyak barangan yang di beli, masa nak membayar tu, duit tak cukup, lalu ibunya meminjam duit dengannya. Pulang ke rumah, ayahnya bertanya, “duit cukup ke tidak tadi?”, ibu nya menjawab, “Alhamdulillah, cukup”. Allah..wanita solehah, menyenangkan hati suami, tidak membuatkan suami susah hati memikirkan wang dan sebagainya.
Subhanallah, itulah antaranya sifat yang patut ada pada seorang isteri yang solehah. Sentiasa mentaati suami dan sentiasa mennyenangkan hati suami. Bagaimana ingin mencari seorang isteri yang solehah? Persoalan itu telah lama terjawab.
Firman Allah dalam Al-Qur’an, bermaksud :
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur : 26)
Buat bakal isteriku, peneman hidupku, sayap kiriku, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ibadah kita, kita memperbaiki diri kita, kita memperkukuhkan/memperkuatkan hubungan kita dengan Allah S.W.T.. Semoga kita menjadi hamba yang di redhai Allah, dan kelak mendapat keredhaan Allah dalam melayari bahtera kehidupan bersama cahaya mata. Tidak lupa jugak kita menjadi hamba yang muslih/ah, mengajak adik beradik, sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat menjadi hamba yang soleh dan mencari cinta dan keredhaan Allah bersama. InsyaAllah.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment