RSS

Saturday, October 8, 2011

Apakah perbezaan antara England, UK, London dan Britain?



Haish, tiba-tiba je cakap pasal UK je ni..(ada sesuatu kah??xde pape kot). Erm, walaupun saya tak pernah sampai ke UK, tapi saya teringin untuk ke sana..mengenali lebih lagi dan menziarahi UK.. :) insyaAllah, kalau ada rezeki, sampailah kat sana.. hehehe :D

Sebelum ni, saya sendiri pun pening, apakah itu England, UK dan sebagainya (Gapo namo ghima gak UK nga England nih..slang Kelantan. hehehe). Alhamdulillah, lepas buat sedikit research, dengan Nikmat Allah, dan SesungguhNya Allah Maha Pemurah dan Penyayang, Allah campakkan sedikit kefahaman tentang itu. Allah itu baik kan? :)  InsyaAllah, sekarang ni dapat bezakan dah..
United Kingdom merupakan cantuman dari 4 buah negara, iaitu England, Wales, Scotland dan Northern Ireland. Dan nama official nya ialah, “ United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland ”. Setiap negara di dalam UK ni mempunyai ibukota yang tersendiri. 

England = London

Wales = Cardiff

Scotland = Edinburgh

Northern Ireland = Belfast

(pehe ke dop ni??kalo xpehe, tanya cikgu dehhh)

England ni ialah salah satu negara yang terdapat dalam UK, dan London pula merupakan ibukota nya.. Jadi, salah lah jika sseseorang itu mengatakan dia ingin ke England, padahal dia ke Wales atau Scotland.. Yang betulnya, dia ke UK..

Manakala Ireland ni terbahagi kepada dua, Northern Ireland dan Republic Ireland. Northern Ireland sahaja yang termasuk dalam UK. Faham kan? 

Ok, selesai sudah pasal UK, sekarang ini, nak terangkan pasal Britain plak, atau Great Britain (cewwah, macam cikgu Sejarah plak..huhuhu). Great Britain ni merujuk kepada negara di pulau Britain, iaitu, England, Wales dan Scotland. Macamana sekarang, dah faham kan pasal UK dan Britain? Alhamdulillah, semoga Allah terus tambahkan dan curahkan ilmu milik Nya kepada kita semua.. :)

6 comments:

  1. Kalu dkat malaysia ad cntoh x...nk bg fhm lg.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, contoh UK = Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak)
      Great Britain = Semenanjung Malaysia
      England = Pahang
      London = Kuantan
      Tapi, England adalah negara di bawah negara UK.
      Kepulauan British (British Isle) = Kepulauan Melayu (Malaysia, Singapura, Indonesia & Brunei)
      Great Britain ni lebih kurg tanah besar dlm kepulauan. Manakala British Isle pula merujuk kepada kepulauan melayu. Kalau salah mohon maaf, saya hanya kongsi apa yg saya tahu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete