RSS

Wednesday, October 5, 2011

Percubaan Saya Dalam Dunia Penulisan


                
   Assalamu'alaikum, saya cuba untuk belajar dalam dunia penulisan, maka saya mencubanya.. Harap pembaca yang budiman sudi membaca karangan/cerpen (tajuk cerpen ini masih tak ada) saya yang tak seberapa ini..dan berikan sedikit komentar untuk percubaan saya ini.. terima kasih. :)

      Perjalanan Yang Penuh Ujian

“Labbaikallah hummalabbaik, labbaikala syarikalakala bayk, innal hamda, walni’mata, lakawalmulk, la syarikalak,” tidak berhenti-henti bergema dalam bas yang dinaiki oleh 6 orang pelajar Malaysia Syria yang menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadhan 1431 Hijrah bersama jemaah arab yang lain. Syafiq dan Rabbani merupakan pelajar senior, sudah 2 tahun mereka berada di perantauan. Manakala Izzat, Fahmi, Nabil dan Firdaus pelajar baru dari Universiti Islam Antarabangsa yang mengambil kursus bahasa arab di Syria selama 3 bulan. 

Dari Madinah menuju ke Mekah, dengan satu tujuan.

Menyahut seruan Ilahi, menjadi tetamu Allah.

Beberapa jam yang lepas kami baru sahaja berhenti seketika di Bir Ali untuk mengenakan Ihram dan niat Umrah. Banyak kejadian yang berlaku semasa dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Bir Ali. Ia memberi impak yang besar terhadap kami. Insaf dan bersyukur.  

Ada seorang lelaki arab berkulit gelap, tiba-tiba rebah di atas lantai di tandas masjid, mulutnya berbuih-buih, tubuhnya menggelepar. Sahabatnya memangkunya, membasahi kepala dan badan dengan air.
Cuaca yang sangat panas, tambahan pula di bulan Ramadhan. 

Matanya terbeliak. 

Sheikh menarik kami keluar dari tempat kejadian yang semakin berpusu-pusu jemaah lain datang melihat kejadian yang baru sahaja berlaku. Sheikh mengajak masuk ke dalam masjid, usai solat sunat, kami berkumpul di suatu sudut di dalam masjid, di bawah penghawa dingin yang sangat menyegarkan. Panas terik, tekak kami kering, kehausan. 

“Kita lihat apa yang berlaku dalam perjalanan kita, dari Madinah, bas kita yang naiki tiba-tiba penghawa dinginnya rosak, kita seperti berada dalam ketuhar, sepanjang perjalanan dari Madinah ke Bir Ali. Dalam perjalanan, kita di uji oleh Allah dengan ragam jemaah umrah yang lain, yang mula panas baran dan mengamuk kerana kepanasan. Alhamdulillah, walaupun kita berpuasa, Allah memberikan kita kekuatan untuk mengharungi ujian dari Nya ini.”

Sambung Sheikh lagi, “perbanyakkan istighfar, tasbih dan tahmid kepada Allah. Tidak semestinya jika perjalanan yang kita lalui itu sukar, kita tidak di pilih menjadi tetamu Allah, dan tidak semestinya perjalanan yang kita lalui itu lancar dan berjalan lancar, kita di pilih menjadi tetamu Allah. Semua bergantung kepada niat kita, keikhlasan kita untuk menjadi tetamu Allah. Ada orang berada dalam bas dan van yang berhawa dingin, tapi tidak dipilih menjadi tetamu Allah. Ada antara kita yang bersenang lenang dengan wang dan harta, tetapi masih tidak dipilih menjadi tetamu Allah. Ada juga antara kita, berada dalam kesusahan dan kepayahan dalam perjalanan ke Baitullah, tetapi akhirnya menjadi tetamu Allah dan ada juga susah dan miskin tapi akhirnya menjadi tetamu Allah dengan izin Allah S.W.T.” kami bersama beliau dalam bas dari Madinah ke Mekah Al-Mukarromah. 

Aku mendengar kata-kata Sheikh dengan khusyuk, lupa sebentar kepenatan tubuh badan dan kehausan. Aku baring ke lantai, mencari kekuatan, hati kecil bersuara, “Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk meneruskan ibadah puasaku dalam menyahut seruan Mu.” 

“Syafiq, kau larat tak ni nak terus berpuasa?” tanya Rabbani yang risau mengenai diriku yang semakin lemah. 

“InsyaAllah, kau doakanlah aku, lagipun tinggal beberapa jam je lagi.” 

Kami kembali ke tempat parkir bas. Apabila kaki melangkah masuk ke dalam perut bas, senyuman terukir, badan terasa segar. Allah. Alhamdulillah, penghawa dingin bas sudah dibaik pulih. Benarlah janji Allah, Allah bersama dengan hambaNya yang sabar. Hanya Allah yang tahu kegembiraan para jemaah dalam bas tersebut. 

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allah menguji hambaNya dan Allah memberi nikmat kepada hambaNya,” ujar Sheikh tatkala melihat raut wajah masing-masing yang kegembiraan. Badan aku merasa lebih bersemangat dan lebih kuat. Aku duduk menyebelahi Rabbani. “Syafiq, kau duduk kat tempat aku lah, kat sini ada corong aircond, lega sikit badan kau.” Seorang sahabat, mengambil berat akan kesihatan dan perihal sahabatnya. Itulah ukhwah yang terjalin antara kami dan ukhwah itulah sukar untuk di cari dewasa ini.

Seperti mana diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari, sabda Rasulullah S.A.W, “tidak sempurna iman seseorang itu, jika tidak mengasihi sahabatnya, sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri.”

Alhamdulillah, beberapa minit lagi, kami akan tiba di stesen bas SAPTCO yang berhampiran dengan Masjidil Haram.  Hati semakin berdebar-debar. Hati kecil berdoa, “Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamu Mu, permudahkanlah urusanku.”

 “Kita keluar last sekali ye, tunggu semua keluar dulu.” Rabbani mengangguk bersetuju dengan aku.

        Kali pertama melangkahkan kaki ke bumi Mekah, perasaan tidak dapat diterjemahkan. Gembira. Sedih. Malu. Terharu. Bersyukur. Semuanya bercampur menjadi satu. 

***bersambung insyaAllah***

3 comments:

  1. assalamualaikum,sambung lagi eih :D

    ReplyDelete
  2. telah bersabda Rasulullah saw:musafir itu adalah sebahagian azab.(au kama qola),namun begitu rasulullah saw menggalakkan kpd umatnya supaya musafir,kerana musafir juga ada banyak faedah2nya yang besar.baginda telah bersabda:''musafirlah, kamu akan sihat dan berjaya'' dan pada riwayat lain pula ''musafirlah,kamu akan sihat dan selamat''.

    ReplyDelete