Akhir meeting Jaulah Tautan Hati semalam, kepala tiba-tiba berdenyut-denyut.
Tutur kata saya menjadi tidak teratur. Fokus untuk meeting, hilang dek
kesakitan yang teramat.
“Kita
tangguh meeting kita dengan…” lupa seketika perkataan yang ingin di ucapkan. Ada
sahabat yang mengingatkan, “tasbih kafarah..”, terus saya lengkapkan kata-kata
saya yang tergantung itu, “kita tangguh meeting kita dengan tasbih kafarah dan
surah Al-‘Asr”.
Pulang ke rumah, suhu badan semakin
panas dan badan mengigil kesejukan. Sekilas pandang bacaan suhu pada laptop
kesayangan, 0 darjah celcius. Kepala semakin berdenyu-denyut, 2 biji pil panadol
saya telan, semoga hilang kesakitan yang di alami. Esok hari saya harus ke
Queen Alia Airport, untuk menyambut ketibaan ayah salah seorang ahli rumah
saya. Hampir saya terlupa, saya punya tetamu dari Irbid yang akan tiba
bila-bila masa sahaja malam itu. Jutaan terima kasih buat sahabat serumah saya,
yang menyambut dan melayan tetamu yang tiba, tatkala saya hanya mampu terbaring
tidak terdaya. Waktu subuh saya bangkit, badan terasa panas, tetapi tidak
sepanas semalam.
Hampir pukul 8 pagi, saya bertolak dari Mu’tah ke airport, dengan
menaiki kereta Hyundai yang disewa oleh Ustaz Mohd. terima kasih kami ucapkan
kerana telah membantu melancarkan perjalanan kami hari ini. Dalam perjalanan,
suhu badan semakin panas, tapi buat ‘tak tau’ je..
Kami tiba di mu’tah hampir waktu zohor. Badan terasa tidak selesa,
saya rehatkan badan seketika. 1.45 petang saya terjaga dari lena, baru saya
teringat, kami perlu menyewa kereta untuk bawa ayah kepada sahabat saya round
Jordan. Plan asal saya, keesokkan hari, kami ke Amman, sewa kereta kemudian
terus ke Utara Jordan, iaitu Jerash, ‘Ajlun, Ummu Qays, Ashabul Kahfi dan
lain-lain.
Saya
capai talifon bimbit di sebelah, contacts di belek satu persatu.
[Mohd
Isa] tertera nama nya, langsung saya dail untuk bertanya sesuatu.
“Assalamu’alaikum,
ustaz Mohd, kedai sewa kereta buka tak hari Jumaat? Sebab ana plan nak ambik
kereta esok dan terus ke utara”
“Wa’alaikumussalam,
hari Jumaat kedai tutup, hari Sabtu baru buka. Enta pergi ambik sekarang lah,
sempat lagi ni.”
Tanpa
buang masa, terus lompat bangun dari pembaringan, bersiap, solat Zohor 4
rakaat, serta solat sunat musafir 2 rakaat. Kepada Allah saya berdoa dan
bertawakkal, semoga peroleh kekuatan untuk bermusafir ke Amman. Tepat jam 2
petang, saya berseorangan menaiki coaster ke Karak untuk ke Mujamma’
Karak, kemudian menaiki coaster ke Amman. Perjalanan selama 2 jam perlu
saya tempuhi, suhu badan makin panas, kepala terasa makin berat dan
berdenyut-denyut.
“Ya
Allah, kuatkanlah hamba Mu ini.”
Dalam perjalanan, saya mendail
sahabat di Sweileh, Amman, menyatakan tujuan saya ke Amman dan minta sedikit pertolongan
darinya. Tiba di Amman, saya solat Asar di masjid, usai solat saya mengambil
teksi untuk ke Syari’ Garden. Mahattoh (stesen minyak) Total tempat pertemuan
kami yang di janjikan.
Tiba
di Mahattoh Total, saya tercari-cari kelibat sahabat saya. Kelihatan di tepi
mahattoh, sahabat saya, Hafizuddin melambai-lambai tangan kearah saya. Senyuman
kami berdua terukir, kelihatan di sebelahnya, Syed Ubaidah, juga merupakan
pelajar Malaysia di Sweileh. Saya minta driver teksi turunkan saya hampir
dengan mereka. Meter di dashboard teksi menunjukkan angka, 3.55 JD.
Kami bersalaman dan menuju ke masjid
berhadapan dengan mahattoh untuk solat Maghrib terlebih dahulu. Usai kami solat
Maghrib dan jama’ taqdim solat Isya’, kami menuju ke kedai sewa kereta, Payless.
Kereta Nissan Sunny dan Toyota Vios menarik perhatian saya. Saya menghubungi
sahabat serumah di Mu’tah, Nazrin, saya bertanya kereta mana yang ayahnya
inginkan. Nissan Sunny menjadi pilihan ayahnya. Passport saya menjadi cagaran, ic
di jadikan sebagai lesen memandu. Selesai urusan menyewa kereta, Hafizuddin
membawa saya ke Mat’am (restoran) Bab Al-Yaman. Syed Ubaidah tidak bersama
kami, dia memandu kereta milik keluarganya. Tiba di mat’am Bab Al-Yaman, pelajar
Malaysia memenuhi meja di mat’am terbabit, rupanya mereka ada jamuan makan
bersama bagi meraikan berakhirnya imtihan nihaei (final exam) fasal ini.
4 meja disusun panjang, kami bertiga orang
yang terakhir tiba di situ. Nasi Beriani dan separuh ekor ayam hidangan kami
bertiga. Kepala saya semakin berat dan suhu badan semakin panas. Selera makan
saya hilang. Saya beritahu kepada Hafizuddin, saya kena pulang ke Mu’tah
secepat mungkin sebelum demam saya semakin melarat. Dia menawarkan diri untuk
menghantar saya ke Mu’tah, tetapi saya tidak mahu menyusahkan dia. pukul 7.45
malam kami keluar dari restoran, masing-masing punya perancangan seterusnya,
ada yang ingin pulang dan ada yang ingin pusing-pusing sekitar bandar Sweileh. Saya
bersalaman dengan mereka sebelum berpisah.
Hafizuddin memandu kereta dan di tumpang 3 lagi sahabat untuk
menghantar mereka pulang. Tiba di roundabout Sweileh, mereka turun di
situ dan saya mengambil alih memandu kereta dan langsung pulang ke Mu’tah.
Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat di Sweileh, yang banyak membantu
saya. Highway utara selatan saya tempuhi dalam keadaan kepala
berdenyut-denyut. Meter kereta menunjukkan 110km/h, sesuai dengan had kelajuan
yang dibenarkan. Alhamdulillah, sejam setengah kemudian, iaitu pukul 9.30 malam
saya tiba di Mu’tah dengan selamatnya, walaupun di pertengahan jalan saya
terpaksa berhenti di tepi jalan beberapa kali. Sampai di rumah, saya terbaring
lesu di dalam selimu tebal, 2 biji pil panadol saya telan. Beberapa minit
kemudian, saya bangkit ke tandas untuk membasuh kepala. Hilang rasa berat
kepala dan terasa sedikit segar selepas membasuh kepala dengan air panas,
Alhamdulillah. Namun suhu badan masih lagi terasa panas. Ya Allah, ampunkanlah
dosa-dosa hamba Mu ini dan kuatkanlah hamba Mu ini dalam menghadapi dan
mengharungi ujian Mu Ya Allah. Berilah kesihatan yang baik kepada hamba Mu ini Ya Allah, ameen..
Nik Faiz
Bayt Nawawi, Mu'tah, Jordan (13012012)
No comments:
Post a Comment