Berzaman sudah blog ini tidak
terusik. Teramat lama. Tiba-tiba terasa ingin mencoret dan menconteng sesuatu
supaya terisi juga blog ini, walau tak seberapa. Masalah keruntuhan institusi
keluarga Islam (Thalaq) di Malaysia semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai
pada tahun 2011 lalu. Iaitu secara puratanya sebanyak 77 kes dalam sehari.[1]
Apa, kenapa, mengapa dan bagaimana masalah ini terus meningkat berlaku. Sebelum
lebih lanjut bincangkan kes ini, ada baiknya kita kenal dulu apa itu Thalaq di
dalam syriat Islam.
Makna Thalaq
Thalaq dari segi bahasa bermaksud
terputus sesuatu ikatan secara mutlak atau berpisah. Dari segi istilah pula
bermaksud, terputusnya sebuah ikatan perkahwinan dengan kata-kata khusus.
Contoh : “Aku Thalaq akan kamu dengan talaq satu” atau seumpama dengannya yang
membawa maksud yang sama.
Pengsyariatan (di syariatkan thalaq)
Firman Allah :
"Talak
(yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk
dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik."
"Wahai
nabi, sekiranya kamu hendak menceraikan isteri-isteri kamu, maka ceraikanlah
mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya dan hitunglah masa iddah
itu.."
Hukum – Hukum Thalaq
Hukum thalaq terbahagi kepada 4,
iaitu wajib, sunat, makruh dan haram. Hukum tersebut bergantung kepada keadaan
dan situasi.
Wajib
- Sekiranya ada pergaduhan atau pertelingkahan yang besar, dan tiada jalan penyelesaian, kecuali cerai.
- Sekiranya si isteri/suami mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan pasangannya.
Sunat
- Sekiranya isteri/suami yang tidak mematuhi agama dan melanggar perintah Allah.
- Sekiranya isteri/suami boleh memudaratkannya untuk masa hadapan.
Makruh
- Sekiranya tidak mempunya sebab musabab yang munasabah.
Haram
- Sekiranya thalaq isteri ketika isteri sedang haidh atau nifas.
Seminole Hard Rock Hotel & Casino Hollywood, FL
ReplyDeleteSeminole Hard Rock Hotel & Casino Hollywood, FL. 3475 Highway 50, Hollywood, FL 태백 출장마사지 38664. Directions. (954) 당진 출장샵 789-7111. Call Now · More Info. Hours, Accepts 시흥 출장샵 Credit 광주 출장샵 Cards, Parking. Rating: 5 · 3 votes · 광양 출장샵 Price range: $$$