Bismillah..
Sememangnya penceraian merupakan perkara yang sebolehnya kita nak elak dalam rumah tangga. Namun, kita tidak boleh untuk mengharamkannya, kadangkala ia membantu, memberi jalan keluar yang terakhir bagi pasangan yang punya masaalah yang tiada penyelesaian.Sekiranya terjadi penceraian, kecoh dan bising satu kampung, bahkan satu negara sekiranya yang bercerai itu artis! Kebiasaan penceraian berlaku akibat pergaduhan, walaupun isu yang kecil, boleh jadi sebesar Tsunami. Ada satu perkara kita perlu perhatikan dan titik beratkan. Tolak ansur! Namun, kerapnya berlaku kerana curang. Pernah saya terbaca di internet, orang yang curang memiliki IQ yang rendah. Kasihan!
Syarat –
Syarat Thalaq
Baligh
-
Jumhur ulama’ mengatakan sekiranya suami tidak baligh
maka tidak sah thalaqnya.
Sabda Rasulullah :
(( رفع القلم عن ثلاثة : عن
المجنون المغلوب على عقله حتى يبرأ و عن النائم حتى يستيقظ و عن الصبي حتى يحتلم
))[1]
“Terangkatnya qalam
(catatan dosa pahala) bagi 3 golongan : orang yang gila sehinggalah berakal,
orang yang tidur sehinggalah terjaga, dan bagi yang tidak baligh sehinggalah
baligh.”
Berakal
-
- Khilaf ulama’ sekiranya suami thalaq isteri ketika mabuk.
- Sekiranya mabuk di sebabkan bukan keinginannya (di khianati orang) maka tidak sah thalaqnya.
- Khilaf ulama’ sekiranya suami thalaq isteri ketika mabuk.
- Sekiranya mabuk di sebabkan bukan keinginannya (di khianati orang) maka tidak sah thalaqnya.
- Sekiranya mabuk itu disebabkan keinginannya/sengaja
(minum arak/dadah), khilaf ulama’ pada masalah tersebut. Yang paling rajih
(tepat) daripada pandangan ulamak ialah, tidak sah thalaq tersebut disebabkan
orang yang mabuk tidak mengetahui apa yang di bicarakannya.
“Berkata Uthman :
Tiada thalaq bagi orang gila dan mabuk”
- - Sekiranya thalaq ketika marah, Sheikh Ibnu ‘Abidin dan
Sheikh Ibu Qayyim membahagikan marah kepada 3 jenis, iaitu marah yang sedikit
(sah thalaqnya), marah yang keterlaluan (tidak sah thalaqnya) dan marah yang
pertengahan (khilaf para ulama’ dalam hal ini). Jumhur ulama’ 4 mazhab
mengatakan sah thalaqnya.
Lafaz
Thalaq
- Sekiranya melafazkan thalaq tanpa niat, jumhur ulama’ mengatakan sah thalaqnya walaupun tanpa niat. Firman Allah :
- Sekiranya melafazkan thalaq tanpa niat, jumhur ulama’ mengatakan sah thalaqnya walaupun tanpa niat. Firman Allah :
“ Janganlah kamu menjadikan
ayat-ayat (hukum) Allah sebagai ejek-ejekan (mainan).”
-
- Sekiranya lafaz kepada diri sendiri tanpa ada sesiapa yang mendengarkannya, jumhur ulama’ mengatakan tidak sah.
- Sekiranya lafaz kepada diri sendiri tanpa ada sesiapa yang mendengarkannya, jumhur ulama’ mengatakan tidak sah.
- Sekiranya tersalah cakap dan tidak berniat, jumhur
ulama’ mengatakan tidak sah thalaq nya. Sabda baginda Rasulullah :
“ Sesungguhnya
Allah mengampunkan bagi umatku yang
tersalah dan terlupa dan bagi yang di paksa”
Tidak dipaksa
-
- Jumhur ulama’ mengatakan tidak sah thalaqnya sekiranya
suami di paksa. Sabda baginda Rasulullah :
“ Sesungguhnya
Allah mengampunkan bagi umatku yang
tersalah dan terlupa dan bagi yang di paksa”
Sabda Rasulullah :
“Sesungguhnya segala
amalan bermula dengan niat..”
No comments:
Post a Comment