Bismillah..
Politik menjadi suatu isu utama pada suatu negara. Cara untuk memerintah, cara untuk mentadbir dan sebagainya. Saban hari kita mendengar pelbagai mehnah, perangai dan celoteh politik dunia. Namun ramai antara kita lupa untuk bersiasah dengan diri sendiri. Berpolitik dengan diri sendiri sebelum berpolitik dengan orang lain. Padahal itu suatu perkara yang lebih utama.
Jiwa ini juga mesti kita uruskannya, supaya kita dapat pujuk
ia kearah lebih baik. Setiap hari kita pujuk jiwa kita kearah lebih baik. Orang
arab, mereka membawa unta merentasi padang pasir. Makin lama, unta menjadi
makin penat, dan akan ada orang yang bernyanyi , dengan lagu yang unta itu
suka. Lagu itu memberi ransangan kepada unta untuk teruskan berjalan. Macamtulah juga dengan jiwa kita. Memang
untuk menghadapi kehidupan dan mehnah kehidupan, ia suatu yang memenatkan dan
meletihkan. Tetapi kita perlu memujuknya dengan sesuatu yang dapat menyebabkan
keletihan itu di lupakan dan kita dapat bangkit dan terus berjalan menghadapi
kehidupan. Dan meneruskan perjalanan ini sehingga suatu destinasi yang telah
Allah tetapkan dan tentukan
Perjalanan hidup ini sebuah kembara, dan kita tidak tahu
bila ia akan berhenti. Kita melakukan sesuatu setiap hari, melangkah dan terus
melangkah menghadapi kehidupan, dan jiwa manusia bagaikan roda. Kadang – kadang
ia naik, kadang-kadang ia menurun. Kata Umar Ibnu Khattab r.a : “Sesungguhnya
jiwa ini ada ketikanya ia meningkat, dan ada ketikanya ia turun, apabila ia bangkit,
maka banyakkanlah amal (sunat), tapi apabila ia dah turun, peganglah ia dengan
fardhu (kewajipan).”
Banyak benda yang kita mesti atur, tentang diri kita ini,
supaya kita dapat susun ia. Sebab itu apabila Rasulullah dengar Abdullah bin
‘Amr solat malam tanpa henti, baginda berpesan dan menasihatinya : “Jika engkau
melakukan perkara itu, engkau akan melemahkan matamu (tidak segar) dan
membosankan dirimu. Untuk diri mu ada hak, dan untuk keluarga mu ada hak, untuk
Tuhan mu (Allah) ada hak, dan berikan pada setiap yang berhak itu akan haknya.”
Maka, ketika mana jiwa kita naik dan meningkat,
perbanyakkanlah perkara nawafil (sunat) seperti solat sunat, sedekah, berpuasa
dan seumpama dengannya. Ketika mana jiwa kita menurun, peganglah ia, supaya ia
tidak jauh dari perkara-perkara fardhu (wajib) seperti solat 5 waktu, berpuasa
(bulan ramdhan), menunaikan zakat dan seumpama dengannya. Sempena tahun baru hijrah ini, hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. Moga Redha dan Rahmat Allah sentiasa bersama kita! Amin!
No comments:
Post a Comment