Bismillah...
“Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa”
Agama melarang akan sikap bongkak, merasa kita lebih baik
dari orang lain. Manusia ini sebahagian besar kita ihat pada zahir nya dan kita
tidak tahu tentang batin manusia. Kita lihat seseorang, kita rasa mungkin dia
kurang baik dari kita dari sudut yang kita lihat. Tapi pada hakikatnya kita
tidak tahu tentang hubungan dia dengan Allah. Barangkali sedekahnya lebih
banyak dari kita. Mungkin istighfar dia lebih dari kita. Mungkin juga sujudnya
lebih banyak dari kita. Mungkin dia lebih banyak qiam dan menangis serta
menginsafi diri melebihi kita. Lalu Allah melarang hambanya mendabik dada
mengatakan, “akulah yang terbaik di kalangan kamu!”, melainkan seseorang itu
Rasul, kerana itu ketetapan bahwa baginda lebih bertaqwa dari kalangan kita.
Hatta Abu Bakr As-Siddiq r.a, apabila beliau naik menjadi
Amirul Mukminin, dia menyebut :
“ Sesungguhnya aku di lantik menjadi
pemimpin di kalangan kamu, aku bukan yang terbaik di kalangan kamu...”
Itulah akhlak yang dididik oleh
Rasulullah kepada para sahabat. Tawadhu’ dan zuhud. Merendah diri. Tidak
membanggakan diri. Kadangkala, sekiranya kita baca sejarah para sahabat, para
tabi’in, yang terdiri dari mereka yang soleh, terkadang kita rasa semua itu
cerita dongeng dibandingkan dengan kehidupan kita yang sia-sia ini. Itulah
keajaiban mereka. Akhlak yang ajaib. Budi perangai yang ajaib. Pengorbanan dan
kecintaan kepada agama dengan kadar yang sangat ajaib. Yang mungkin tidak akan
dapat dibenarkan oleh akal yang tidak pernah mengenali apa yang di katakan
halawatul iman. Manisnya iman!
Namun, perlu ingat akan kata-kata
Ibnu Ato’illah dalam kitabnya Al-Hikam, :-
(( من أثبت لنفسه تواضعا فهو
متكبر حقا ، إذ ليس التواضع إلا عن رفعة ، فمتى أثبت لنفسك تواضعا فأنت المتكبر ))[3]
“ Barangsiapa yang mengisbatkan
(mengatakan) dirinya adalah seorang yang bertawadhu’ (merendah diri), maka dia
sebenarnya adalah seorang yang membesarkan diri (takabur), kerana tiadalah
tawadhu’ itu melainkan mengangkat diri (takabbur). Maka apabila engkau
mengisbatkan (mengatakan) dirimu sudah bertawadhu’, engkau (pada hakikatnya)
adalah orang yang membesarkan diri (takabur). ”
Alangkah selamatnya jika ia diharamkan terdiri dari dosa –dosa kecil,
akan tetapi takabur itu termasuk dari dosa-dosa yang besar! Moga
Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, amin!
No comments:
Post a Comment