RSS

Thursday, December 12, 2013

Jamak dan Qasar

                
                                         - gambar hiasan semata mata -




Saya yakin, semua orang sudah kenal apa itu Jamak dan apa itu Qasar. Jamak dan Qasar adalah berbeza. Syarat qasar adalah, bermusafir sejauh 2 marhalah, iaitu lebih kurang 90km. Tidak kira samada perjalanan itu dengan kapal terbang, kereta atau lain-lain. Samada Jamak pula ianya dibolehkan walaupun ketika tidak bermusafir. Kebiasaan orang yang Qasar, akan Jamak kan solatnya juga. Namun tidak semestinya orang yang Jamak solat boleh Qasarkan solatnya. 


Siapa yang boleh Qasar? Hanya orang yang bermusafir sejauh 2 marhalah atau lebih. Bermusafir kepada perkara yang bukan maksiat. Selama mana boleh solat Qasar dan Jamak? Sekiranya seseorang bermusafir ke suatu tempat yang ingin dia bermastautin, hanya dalam perjalanan sahaja yang dibenarkan untuk Qasar dan Jamak solatnya. Setibanya di destinasi, dia tidak boleh lagi untuk Qasarkan solatnya kerana dia bermastautin di situ. Tidak kiralah walaupun perjalanannya memakan masa seminggu sekali pun!

Sekiranya dia bermusafir ke suatu tempat dan akan tinggal di tempat tersebut dalam tempoh 3 hari, dia boleh untuk Qasar dan Jamak solatnya selama 3 hari tersebut. Dan dia juga boleh untuk Jamak dan Qasar ketika dalam perjalanan pulang ke tempatnya. Ini adalah salah satu pandangan dalam mazhab Syafi'e. Namun masih ada lagi pandangan dalam mazhab Syafi'e tersendiri yang membolehkan Jamak dan Qasar walaupun menetap di tempat tersebut sehingga 18 hari.

Sekiranya dia bermusafir ke suatu tempat dan akan tinggal di tempat tersebut melebihi 3 hari, hal ini sebenarnya sangat luas dan ada pelbagai pandangan. Sekiranya kita berpegang kepada pandangan yang mengatakan hanya 3 hari tempoh untuk Qasar dan Jamak solat, maka jawapannya, tidak boleh untuk kita Qasar dan Jamak setibanya di destinasi. Kerana kita dikira bermastautin di tempat itu. Itu berdasarkan satu pendangan.

Namun, pandangan yang lain pula, sekiranya kita berpegang kepada pendapat (selain mazhab Syafi'e) yang membolehkan Jamak dan Qasar walaupun berada di tempat tersebut selama 7,9,10,11,13,15,17 atau pun 20 hari, maka kita masih lagi boleh untuk Jamak dan Qasar selagi mana urusan kita belum selesai di tempat tersebut. Bilangan hari tersebut adalah berdasarkan sirah nabi yang di riwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah berdasarkan permusafiran nabi bersama sahabat.

Sayyid Sabiq pula ada menjelaskan mengenai permusafiran Rasulullah ke Tabuk dan baginda menetap di sana selama 20 hari dan baginda Qasar dan Jamak solatnya. Hal ini di jelaskan oleh Sayyid Sabiq, keberadaan Rasulullah di Tabuk selama 20 hari hanyalah kebetulan. Dan bukanlah bermakna hanya 20 hari sahaja tempoh yang di benarkan untuk Jamak dan Qasar. Selagi mana bermusafir ke suatu tempat tanpa niat ingin menetap di sana, di bolehkan Qasar dan Jamak sehingga urusan selesai dan sekembalinya ke tempat asalnya.


Pada pendapat saya (peribadi), sekiranya kita terlibat dengan suatu program/urusan yang memerlukan kita bermusafir dan memerlukan kita bekerja, memberi tumpuan yang banyak, dan menjadikan kita sedikit kesibukan, maka di bolehkan Qasar dan Jamak solat walaupun ianya berlangsung selama seminggu atau dua minggu. Kerana pendapat saya, kebiasaan program atau urusan yang tidak memerlukan kita pindah dan bermastautin di tempat itu dapat di selesaikan tidak melebihi 2-3 minggu.


Jamak pula, tidak semestinya kita perlu bermusafir. Jamak dalam solat boleh berlaku ketika mana kita berada dalam keadaan seperti ; 

1. Doktor/pesakit perlu menjalani pembedahan yang memakan masa yang lama, contoh dari jam 12 tengahari sehingga 6 petang.

2. Masyarakat yang berada dalam situasi/keadaan bencana besar dan berada dalam situasi yang kritikal. Contohnya gempa bumi, banjir, taufan dan lain-lain.

3. Orang yang terlibat dalam program/urusan yang terlampau sibuk dan memerlukan pantauan nya berterusan.

Dan lain-lain keadaan yang perlu kepada Jamak bagi meringankan urusan nya. 


Wallahu'alam..


Nik Mohamad Faiz
Fiqh wa Usuluh, 
Faculty of Shariah,
Mu'tah University,
The Hashemite Kingdom of Jordan.

-11122013

3 comments:

  1. Salam..sy ada soalan..

    Jika sy dr johor nak ke perak....sudah masuk waktu zohor..boleh ke sy lakukan solat jamak sebelum mulakan perjalanan(jamak takdim) sbb nak ELAK dpd stop dlm pejalanan(wlpun byk je hentian rehat jika mahu solat asar)

    ReplyDelete
  2. Salam..sy ada soalan..

    Jika sy dr johor nak ke perak....sudah masuk waktu zohor..boleh ke sy lakukan solat jamak sebelum mulakan perjalanan(jamak takdim) sbb nak ELAK dpd stop dlm pejalanan(wlpun byk je hentian rehat jika mahu solat asar)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, tidak harus bagi saudari solat jamak n qasar sebelum perjalanan kecuali ada halangan yang tidak dapat di elakkan. Tetapi saya lihat seperti tiada halangan untuk saudari solat dalam perjalanan tersebut. jadi sebaiknya saudari solat jamak dan qasar dalam permusafiran tersebut. Wallahualam.

      Delete